11.24.2011

Sayang dan Cinta

Secawan kopi lagi,
Selepas cawan ke-4 ini aku akan tidur,
Pergi masuk dunia mimpi, aku cipta sendiri.
Yang kalau berjuta-juta kali masuk,
Tiap kalinya seperti pertama kali.

Gadis itu,
Aku mahu dia, aku ingin dia,
Aku sayang dia, aku cinta dia,
Kenapa dia? Aku tiada jawapan,
Tapi, hati memberontak,
Kata hati, kenapa ada alasan untuk sayang dan cinta,
Bukankah rasa sayang dan cinta diberikan oleh Tuhan,
Aku terdiam, hati pandai berbicara nampaknya.

"Tuhan, jika dia jodoh yang kau tetapkan untuk hamba-Mu ini,
Kuatkan aku untuk lawan untuk jodoh ini,
dan bantu aku untuk bahagiakan dia."

No comments: