11.08.2011

Senyum

Dan aku terbang di atas sana,
bersama bintang-bintang di langit sana,
aku tidak lagi mahu terus begitu,
tunduk ke bumi, malu dan sedih,
aku tahu hidup ini anugerah,
hadiah paling bernilai kurniaan-Nya,
tapi untuk tahu kau disakiti,
itu tidak seronok,serius tidak seronok,
aku dapat tahu, hanya dengan melihat senyuman hambar itu,
hanya perlu benarkan aku mencuba,
aku akan buat senyuman hambar itu bertukar,
menjadi senyuman paling manis,
dan jika ada perkataan lebih manis daripada manis, ya sehingga itu,
aku harap senyuman itu kekal di sana, walaupun aku sudah tiada lagi.

No comments: