11.22.2011

Taman berbunga.

Hampir reput, ia terus menanti,
dimana penyiram, ingin menyiram bunga di hati,
hampir layu, menanti masa untuk gugur,
mungkin mekar tiada lagi dalam senarai kata adjektif untuk hati,
menunggu masa sahaja.

Tiba-tiba, datang seseorang,
Ah, samar-samar kelihatan,
wajahnya tidak jelas, kabur teruk,
Aku biarkan sahaja apa yang ingin dilakukan,
dan, oh... dia menyiram hati yang hampir reput itu,
dengan air itu, hati yang hampir layu itu mekar,
bercahaya dan berbunga, mekar gembira,
dan aku biarkan dia menyiram di tanah tandus itu,
yang sudah bertukar menjadi taman bunga,
terima kasih, gadis.

No comments: