2.21.2012

Ah, gemuruh.

Bau-bauan itu,
Aku kenal bau ini,
Ah, gemuruh.

Lantas wajahnya terlintas,
Mata yang bersinar itu,
Senyuman yang manis itu,
Taring di sebalik senyuman itu,
Ah, gemuruh.

Gelak tawa riangnya,
Helaan nafas pendek panjangnya,
Suara bertanya tanpa soalannya,
Ah, gemuruh.

Lampu di hidupkan,
Aku tersedar,
Mimpi paling indah pernah aku rasa,
Kerana aku mimpikan kamu.
Untuk kali keberapa,
Aku tidak mahu kira.

No comments: