2.18.2012

Siapa itu?


"Man, aku balik dengan kau ye hari ni?" Azrai menepuk bahu Arman yang sibuk menyiapkan kerja yang perlu disiapkan secepat mungkin. Arman sekadar mengangguk kepala tanda setuju kepada Azrai. Arman, workaholic.


"Kau jangan lambat sangat. Aku tunggu kau hari tu hampir 20 minit. Kau lambat, aku tinggal." Arman sempat berpesan sebelum Azrai keluar dari biliknya. Azrai mengangkat tangan kanan dan memberi tanda "OK" dengan membiarkan ibu jarinya terangkat.

Arman masih menyiapkan kerjanya yang banyak itu. Client Arman, Encik Choy, mahukan yang terbaik kali ini. Selepas hasil kerja yang memberangsangkan daripada Amran dalam mereka rumahnya di Puchong. Kali ini untuk rumahnya di Bangsar pula. Biasalah orang Cina, aset mereka memang banyak.

"Ah... dah pukul 9 malam rupanya." Arman mengemas barang-barangnya di atas meja. Cukuplah untuk hari ini dia berkerja. Esok sahaja dia sambung semua ini. Arman berjalan ke bilik Azrai.

"Yai, aku tunggu kau kat bawah. Tiang B6. Ingat tu. 10 minit je aku bagi." Arman memberitahu kepada Azrai sebelum keluar dari pejabatnya itu. Azrai hanya senyum kepada Arman.


Sebelum sempat Arman keluar dari pejabat, tiba-tiba telefon Arman berdering.

"Man, sorry lah. Aku lupa nak cakap. Aku dah balik petang tadi. Aku balik dengan Tina. Sorry ya, Man."

Arman termenung seketika.

Pintu lif terbuka. Arman bergegas masuk ke dalam lif dan melonggarkan kolar bajunya. Tidak ingin memikirkan dengan siapa dia berbicara sebentar tadi. Arman menghela nafas yang panjang sambil mengesat peluh dingin di dahinya.

No comments: