3.31.2012

Aku Dan Bintang

Dan aku tetap melihat awan,
Tersenyum sang bulan malam ini,
Terasakan si bintang memanggilku,
Terbang ke sana bersamanya,
Berbicara dengannya malam ini,
Dan aku setuju.

Lalu malam ini,
Hanya ada aku dan bintang,
Menjadi watak utama,
Berbicara perihal cinta,
Dan aku hanya tersenyum mendengar ceritanya,
Kerana dia akhirnya kini nampak gembira bercahaya.

No comments: