4.12.2012

Hati Ini


Separuh hatiku berisi cinta
Separuhnya lagi diisi rindu
Apakah salah aku mencinta
Apakah dosa aku merindu
Tidak mahu hati dipenuhi nafsu
Telinga aku tutup; rapat,
Tidak mahu kudengar bisikan syaitan
Dengan izin-Nya yang berkuasa
Menanam rasa cinta dan rindu
Hanya dia yang mampu mencabutnya
Jika bukan hatinya untuk diciumku
Aku kekal begini
Sehingga hilang rasa di hati
Separuh hati cinta
Separuh hati rindu.

No comments: