5.26.2012

Jangan Makan Sorang-sorang.

Kadang-kadang, perasaan ingin tahu tu akan memakan diri kita sendiri apabila akan kita mencuba dengan penuh sabar untuk mencari jawapan bagi soalan yang bagi kita, perlu ada jawapan untuk soalan itu. Tapi, bukan semua jawapan dapat memuaskan hati kita dan bukan semua jawapan adalah apa yang kita harap kita dapat untuk menjawap semua soalan kita.

Kita kena belajar terima yang bukan semua soalan kita kena cari jawapannya. Biarkan ia kekal menjadi rahsia yang mungkin bukan untuk kita tahu atau mungkin rahsia yang kita tidak mampu simpan seorang diri. Jangan diusik rahsia itu. Biarkan rahsia itu disimpan rapi oleh penyimpan rahsia itu sehingga pada satu saat dia rasa dia mahu kongsi dengan kita rahsia itu atau rahsia itu akan kekal rahsia dan hanya ditelan oleh penyimpan rahsia itu sendiri sebagai santapan tambahan dia setiap hari.

Yang penting, kita kena faham yang hidup di dunia ni jangan kedekut sangat. Kalau rasa rahsia itu membebankan, cari seseorang yang kamu rasa kamu boleh percaya dia dan kongsi rahsia itu dengan dia. Sekurang-kurangnya, kamu ada teman selepas ini untuk telan rahsia itu.

No comments: