7.14.2012

Roda #3

Darren masih tidur di atas katilnya sambil memeluk seorang gadis yang dia tidak pasti kenal atau tidak. Biliknya penuh dengan botol-botol arak dan sangat berselerak. Cermin pecah merata-rata dan bajunya entah ke mana, seluarnya entah ke mana. Yang ada ditubuhnya hanya boxer putih berjenama Renoma. Selepas selesai persembahan semalam, dia terus pergi ke belakang pentas dan terus mengambil sebotol arak dan sekotak rokok. Dia duduk sendirian di atas anak tangga sambil menikmati angin dingin di Texas. Derran memang seorang lelaki yang pendiam yang suka menyendiri. Ada seorang gadis yang hanya mengenakan skirt hitam singkat dan t-shirt yang tertera nama Annabel di atasnya. Mereka bersembang-sembang dan sedar sahaja, Darren sudah berada di atas katilnya. Nama perempuan itu pun dia tidak tahu.

Handphone Darren berdering.

"Hey, man. Show kita lagi 30 minit. Cepat siap. Aku on the way dah ni."
"Shit!"
"Come on. Get up. Aku on the way dah."
"Ye lah. Aku siap sekarang."
"Okay then."

Darren menggosok-gosok matanya. Gadis disebelahnya mengeliat perlahan dan tersenyum melihat Darren dalam keadaan mamai. Darren hanya melihat gadis itu dan mencium dahinya. Ah, baru teringat. Darren membawa perempuan itu ke pub dan minum dengan dia sana. Mereka menari-nari dan bergembira di sana.Darren membawanya pulang ke rumah dan mereka menyambung kegembiraan itu dirumah. "Ah, last nigh was good" kata Darren di dalam hati. Dia tersenyum sendirian. Dia menyarungkan bajunya dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Shit! 30 minit lagi ada show. Mana gitar aku?! 

No comments: