12.09.2012

Konfesi Dari Hati

Sampai satu masa nanti,
Tidak cukup perkataan untuk menggambarkan,
Tidak cukup nombor untuk dicongakkan,
Kotak hati masih penuh kata-kata,
Tetapi tidak terluah
Untuk berbicara mata bertemu mata.

Konfesi jujur dari hati

Rasa yang penuh sesak di dalamnya
Jantung yang berdegup laju 
Setiap kali terlihat kerlingan dia
Ciptaan indah daripada Tuhan buat aku.

Dan

Hari esok bakalan tiba
Untuk berbicara soal hati
Dengan penuh rasa gemuruh
Menawarkan hati untuk diberi kepadanya
Tidak perlu bayaran jika mahu dijaga sebaiknya
Aku berikan hati dan cinta secara percuma kepadanya.

Dan aku ini sangat sukar untuk berbicara soal hati.

No comments: