12.03.2012

Mimpi

Semalam aku bermimpi lagi
Aku bacakan puisi cinta remaja
Perlahan-lahan ke telinganya
Dia hanya tersenyum mendengar
Setiap kata yang aku bisikkan
Dan aku terus memanjat langit
Ku ambil awan dan ku gulungkan kepada kayu
Lalu aku berikan kepadanya
"Nah...gula kapas. Paling segar."
Dia tersenyum sambil menikmati gula kapas

Dan mimpi itu buat aku rasa gembira
Kerana dia kelihatan gembira di dalamnya

No comments: