1.17.2013

Galaksi Ini

Merentasi galaksi yang luas
Hanya untuk mencari dirimu
Yang lari menghilangkan diri
Daripada pandangan semua

Walaupun perjalanan terhalang
Biar darah merah menitis
Akan aku biar ia menjadi senyuman
Hanya untuk melihat kamu tersenyum
Sekali lagi.

Walaupun langit menjadi gelap
Terhad pandangan mataku
Aku terus mencari kamu
Kerana aku tahu
Mana letak hati mu.

Pulanglah sayang
Aku ada untukmu
Selalu.

2 comments:

mel said...

*lap air mata*
terharu . gittew .

Ariff Masrom said...

Nak pinjam bahu? Hahaha.