Aku anak mu ingin bersuara.
menyuarakan perasaan dipendam sekian lama.
bukan pendam cuma tunggu masa.
Hey ayah...
Aku anak lelaki pertama.
Walau tidak dikata aku tahu segala beban ayahanda.
Aku ini anak yang malas belajar dan membaca.
Hey ayah...
Kilaskan pandangan mu buat seketika.
Aku bukan lagi anak mu yang kecil masih diriba
Aku dah besar mula mengenal dunia.
Hey ayah...
Aku sayang dirimu tidak terkira.
Waktu kecilku kurang sekali aku dimanja.
Kau berkerja tiada masa bersama untuk mencari rezeki demi keluarga.
Aku sedar aku nampak aku rasa.
Hey ayah...
Aku memang anak tidak dengar kata.
Kadang-kala aku terdiam tapi dihati berkata-kata.
Mungkin sekali kau tidak faham apa aku rasa.
Tapi aku tahu kau faham aku kerana kau seorang bapa.
Hey ayah...
Disini aku berjanji sekian kalinya.
Tidak akan biar kau tunduk dengan perasaan kecewa.
Harapan mu akan ku pikul buat tenaga.
Senyuman itu akan aku biarkan sentiasa.
Hey ayah...
Aku hanya ada kau seorang buat bicara.
Mungkin kini aku sudah dewasa.
Memasuki masa yang kau bicarakan sejak aku di darjah dua.
Aku masih perlu tunjuk ajar mu untuk harungi dunia kejam diluar sana.
Hey ayah..
Aku mahu kau tahu satu perkara.
Aku anakmu sayang dirimu walau apa pun terjadi antara kita.
2 comments:
be strong i know u can do it
thanks. = )
Post a Comment