2.28.2011

But Actually, Sometimes It really Happens.




Hari ibu jatuh pada hari ahad yang lepas. Aku rasa macam janggal bila melihat ibu ku memasak dan melakukan semua kerja rumah padahal hari itu ialah hari ibu yang bermakna hari istimewa buat dia, seorang wanita yang bergelar ibu.

Ah... aku terus kan sahaja kerja-kerja ku tanpa mengeluarkan ucapan "selamat hari ibu" pun pada dia.hahaha.Ya, adik beradik ku yang lain semua sudah ucapkan pada dia pada awal-awal pagi lagi. Namun, aku tetap dengan ego ku tidak mengucapkannya lagi. Alasannya? Aku sendiri tidak tahu.

Seharian aku berfikir apa betul apa yang aku lakukan ini? Aku berfikir sendirian di dalam bilik. Ku tatap gambar mama yang aku ambil dan simpan di dalam telefon bimbit ku ini. Aku termenung apabila lagu-lagu yang ku pasang di telefon bimbit ku seperti tersusun rapi bersempena hari ibu ini.

Tatkala lagu dari The Red Jumpsuit Appratus, Your Guardian Angel berkumandang, aku rasakan sesuatu. Bait-bait lirik nya begitu indah hingga aku menitiskan air mata. Aku terus teringat mama. Namun, ego masih ada. Aku tunggu sehingga malam.

Disaat mama nak masuk tidur, ku capai tangan kanannya lalu ku ucapkan "Selamat hari ibu, mama.".aku akhiri dengan kucupan sayang dari seorang anak kepada ibunya di dahi yang menjadi tempat dia bersujud mendoakan kejayaan anaknya ini.terima kasih mama.

No comments: