6.15.2011

Apa yang buat jejaka terpikat pada gadis.


As-salam dan hello! Apa habaq semua? baik no...? hahaha. Dah nak masuk 4 minggu aku belajar kat UTAR ni... akhirnya!!! Akhirnya ada juga yang boleh buat aku toleh dua kali.hahaha. Bukan senang nak buat Ariff Masrom toleh dua kali.hahaha. Ada gadis yang ada "X" factor yang buat aku macam terangau lah juga.hahaha. So, bagi aku ada beberapa faktor yang akan buat jejaka ni toleh lihat gadis berkali-kali... aku nak kongsi lah hari ni.hahaha.Jom!

1. Attitude


Bagi aku lah kan, attitude seseorang gadis tu memang akan memain peranan tentang apa jejaka akan lihat pada korang.Ni bagi aku lah kan. Aku suka dengan gadis yang senyap-senyap je. Tak bising-bising dan kecoh-kecoh sangat. I mean macam banyak cakap sangat. Cukup lah dengar mama cakap, sampai dia mesej pun tak letak nokhtah, punya lah seronok bercakap.hahaha. Bila korang senyap je, haa... korang buat jejaka macam aku ni nak tahu tentang korang. Menarik lah untuk tahu siapa nama, belajar apa... hahaha. 


2. Natural beauty.


Ini memang akan menarik minat jejaka. Aku confirm. Tak payah make up tebal-tebal pergi kelas, pakai dress pegi kelas... tak payah. Pakai t-shirt yang plain tu, ikat rambut ponytail... itu dah boleh buat macam "eh, siapa budak baju ungu tu...comel lah". Jejaka mesti pernah lalui benda ni. hahaha. Jangan tipu lah, paling kurang pun korang monolog dalaman. hahaha. Aku tahu lah.... Kalau yang tak ikat rambut pula, bila jalan angin tiup rambut...pergh, terbang-terbang gitu rambut dia. Boleh cair beb, serius! hahaha. Tak payah lah make up tebal-tebal. Buang duit je. Kalau dah cantik tu, cantik juga. Tau tak! hahaha.

3. Gadis Rabun


Aku tak tahu lah bagi jejaka lain kan. Tapi bagi aku, bila gadis tu pakai cermin mata yang macam nerd-nerd tu kan, plus braces... pergh... that's awesome okay! Gila cute! Sumpah! Bila gadis pakai cermin mata nerd tu, i mean yang bingkai penuh lepas tu warna hitam, memang akan nampak comel gila. Tambah pula bila gadis tu macam clumsy gila, buat ini salah, itu salah. Hahaha. Lepas tu pakai braces. Aku tak tahu lah kan, tapi gadis pakai braces ni comel betul. Sungguh...hahaha. Lagi best bila tengok gadis tu gelak. Cair beb aku... hahaha. Act, pada yang pakai braces tu jangan rasa down sangat okay! Korang tu cantik tau. Comel sangat. Haih, aku tak tahu nak kata macam mana. Kalau ada perkataan yang lebih comel dari comel, aku dah guna dah.hahaha.




Ni antara faktor-faktor yang boleh buat jejaka macam, "haih...comel nya awek baju ungu tadi...." hahaha. Tapi, aku ada satu personal "major turn on" yang mesti buat aku cari meleleh-leleh ke lantai.hahaha. DIMPLES! OMG! Dimples are cute okay! Kalau baby ada dimples dah cute, cuba bayang kalau ada gadis datang dekat korang lepas tu senyum. Pergh... memang awesome. Boleh angau beb...hahaha. Jadi, pada siapa-siapa yang ada dimple tu boleh lah datang dekat aku lepas tu senyum.Korang senyum je... buat kan hari aku indah dan buat aku bertenaga untuk harungi hari itu.hahaha. Okay lah... terima kasih kerana baca. As-salam dan take care! =)

P.S: Nak awek ada dimple!




No comments: