As-salam dan hello! Semua okay ye? harap-harap okay lah ye. Baru hati senang dan hidup jadi gembira.hahaha. Semenjak aku masuk UTAR ni, secara tak sengaja aku terjebak dengan sesi gosip bersama rakan sekelas.hahaha. Gosip yang biasa mesti lah. "eh, boboy tu comel...sangat. Muka dia macam korean. Tak tahan mak..." hahaha. Ini contoh lah, tapi mostly ayat-ayat yang macam ni lah. Tapi, yang paling buat mereka marah adalah jejaka yang senyap sahaja. Jejaka yang kurang bercakap. Katanya, kalau jadi pasangan ni mesti tak lama sebab tiada komunikasi langsung.hahaha. Korang rasa lah kan, jejaka ni diam sebab kami pendiam? hahaha. Korang kena tahu something tentang jejaka....
1. Kami sedang berfikir.
Bila jejaka ni senyap je, sebenarnya kami sedang berfikir dengan rancak nya. Kalau boleh lihat graf dalam otak ni, memang graf nya tinggi.hahaha. Seperti yang kita tahu, jejaka ada 9 akal dan 1 nafsu. Kami sebenarnya tak suka kufur nikmat.hahaha. Jadi, jangan lah buat unwarranted assumption pada jejaka dengan cakap yang kalau jejaka ni diam je, mesti dia ni bosan dan tak boleh buat jadi Bf. Hahaha. tak baik tahu tak. So, kena lah selidik dulu..kenali jejaka tu dulu.hahaha.Nanti bila jejaka ni bising, korang cakap pulak yang dia ni bising sangat...hahaha.
2. Tak mahu keadaan bertambah buruk.
Haa... korang kena faham. Jejaka ni penyabar sebenarnya. Kami ni suka mendengar lebih daripada berkata-kata sebab kami tak nak keluar benda-benda tak patut dari mulut ni. Lagi pun, suara gadis kan sedap. Macam siti nurhaliza tu, cakap pun dah sedap...hahaha.lunak je suara. Lagi pun, kalau dua-dua bercakap siapa yang nak dengar kan. so, jejaka ni ambil keputusan untuk berdiam diri dan biar gadis bercakap. Ye lah, nanti dah letih baru boleh manja-manja semula. Ye dok? hahaha.
3. Kami pun pemalu
Ada gadis yang cakap jejaka ni susah betul nak cakap kata sayang kat gadis. Berat mulut betul. Macam lah dalam mulut tu ada berlian dan permata. Ni yang biasa aku dengar lah kan..hahaha. Jangan lah marah kat jejaka. Sedih tau.hahaha.Kami bukan tak nak cakap tapi kami lebih suka bagi body language untuk nyatakan yang kami cinta dan sayang pada gadis tu. Tak kan nak cakap je. Nanti timbul pula terma, "lidah bercabang" dan "manis hanya kata-kata mu".hahaha. So, jejaka ni akan bagi body language atau pun buat something untuk gadis.hahaha. true story.
Tapi, ye lah kan... aku pun tak berani nak bagi unwarranted assumption pada gadis tentang apa yang mereka fikirkan tentang jejaka yang pendiam atau yang suka berdiam diri bila keluar jalan-jalan kan... sebab bagi aku, gadis ni ibarat sebuah buku yang kalau kita nak tahu apa sebenarnya yang ada dalam buku tu, kita kena baca dengan tenang dan amati satu persatu isi-isinya agar kita dapat mengenali buku tu. Yang penting, don't judge the book by its cover.hahaha. Bila kita sayang buku tu, mesti kita balut, jaga baik-baik kan? Jadi, macam tu juga dengan gadis. Kena jaga baik-baik juga. Jangan bagi sedih. So, aku akan terus mengaji tentang human behaviour gadis-gadis ni agar aku dapat lebih mengenali mereka. Okay...terima kasih baca. As-salam. =)
P.S: Aku memang suka diam dan menunduk ke bumi.hahaha. Anak tengah kan... =)
2 comments:
kalau ikut pandangan tipikal a girl la...jejaka yang pendiam ni :
1- sombong
2 - tak suka girl tu
haha...macam tu la kot.
hahaha.biasa dengar macam tu.jejaka macam tu tak sombong lah, mungkin pemalu.hahaha
Post a Comment