As-salam dan Hello, semua.
Dua tiga hari ni aku asyik jumpa orang yang negative thinking saja. Aku pelik lah kenapa mereka ni negative sangat, aku pun tak faham kenapa. Bagi aku tak bagus lah kalau kita negatif sangat dalam hidup ni. Kita tak akan pergi ke mana lah kalau dalam otak ni asyik fikir negatif, negatif dan negatif lagi. Hidup akan jadi mundur. Ayah marah betul kalau aku berfikiran negatif.hahaha.
Aku dulu negatif sangat. Ye lah, aku dulu seorang yang boleh di label gagalis lah juga. Muka berdiri atas kerusi, jalan itik dekat koridor, kena rotan, you name it... semua pernah. Tapi, cikgu aku dulu ada cakap. Cuba kau ubah mindset kau jadi positif sikit. Be more mature dan think like a man. Ayah pula cakap, cuba kau belajar bersyukur dan lihat sesuatu benda tu dari sudut positif yang kau dapat. hahaha. Dan betul, akhirnya aku rasa semua itu membantu aku menjadi Ariff yang sekarang.hahaha. Thanks, guys. Terutamanya, ayah.
Bila kau rasa aku letih berjalan, aku cakap yang at least aku mampu berjalan. Bila aku sakit hati dengar mama bebel, aku cakap at least aku mampu mendengar. Bila aku kena parking jauh dari tempat nak di tuju, aku cakap at least aku ada kereta dan mampu berjalan sampai sana. Kita hidup ni kena always stay positive. Mind set kena betul. Itu penting. Hahaha. Kalau terus fikir negatif je, tu yang ada kes bunuh diri tu. Lagi satu, sebab mereka tu tak kreatif semasa berfikir. Hahaha. Fikir kena kreatif juga weyh...hahaha
So, bagi aku kalau korang nak terus berfikiran negatif, itu pilihan yang korang pilih. Aku mahukan perubahan. Bagi aku, bila kita nak kan perubahan dalam diri kita, kena lah berfikiran positif selalu. Aku pun ada lihat perubahan dalam diri aku. Ayah pun ada cakap, " dah besar anak ayah ni..." . Terharu tau.. dulu nak sembang dengan dia pun segan-segan. Ye lah, ayah tu orang seni yang punya bahasa setinggi langit.hahaha. Sekarang ni siap boleh debat lagi dengan dia.hahaha. Jadi, pilihan di tangan korang. Positif atau negatif? Make the right choice. Adios. As-salam. =)
2 comments:
ariff stay POSITIVE ! yeahh
hahaha.stay positive! itu penting! =)
Post a Comment