As-salam dan Hello, semua.
Anda seorang pelajar di Universiti atau pun Kolej di Malaysia? Adakah duit poket satu masalah bagi anda? Ya, aku biasa dengar yang duit ni salah satu masalah yang sering dialami oleh pelajar-pelajar Uni dan Kolej kat Malaysia ni. Aku sebagai pelajar pun ada rasa tempias dan aku pasti 100% yang duit itu penting dan bila kita tiada duit atau pun kekurangan dana untuk hidup, ia ibarat hidup di perantauan walau pun perjalanan dari tempat belajar ke rumah hanya memakan masa 1 jam sahaja.hahaha.Duit penting weyh!
Kena jimat lah bila jadi pelajar ni. Bagi aku, ada banyak cara untuk pelajar-pelajar ni simpan duit atau pun belajar berjimat. Aku bagi pendapat berdasarkan persekitaran aku di UTAR ni lah ya. Banyak benda boleh aku praktikkan di sini dan aku rasa benda tu semua akan dapat membantu aku serba sedikit untuk berjimat sikit. Jangan boros sangat. Korang pun aku rasa boleh cuba juga lah.hahaha.
1. Carpooling
Okay, sini ada sedia kan bas untuk pelajar dari hostel ke campus tapi kena bayar 70 kupang atau pun 70 cents. So, dari pada kita keep paying them, apa kata korang cuba amal kan carpooling. Haa.. pada yang ada kereta tu, apa guna kereta besar-besar kalau kau naik sorang kan...? Apa kata kau panggil kawan2 kau naik dengan kau... kau kena kan lah bayaran sikit tapi jangan lah lagi tinggi dari naik bas tadi. Kau pun tak rugi, kawan kau pun tak rugi, kelas tetap berjalan macam biasa. Duit pun dapat dijimatkan. haa... kan bagus tu. hahaha.
2. Makan ala kadar
Walau pun kat sini ada mcd, aku rasa bukan semua orang makan kat mcd. Jadi, aku rasa mereka kat sini memang bagus lah sebab mereka memenuhi ruang legar cafeteria yang disediakan di sini. Dah lah murah, banyak pula tu cafeteria nya. Ada 5 cafeteria untuk certain block. Nice kan. Jadi, kenapa nak berbelanja RM10 hanya untuk burger, fries dan air coke yang tak bagus langsung tu kan ? Baik belanja RM3 dan dapat nasi dan juga air teh o ais. Awesome juga tu, kenyang pun kenyang. Tapi , yang penting jimat. Sekali sekala nak makan mcd tu tak pe lah kan? hahaha.
3. Kurang kan top up hp
Sekarang ni kan zaman it.. bagi aku hp ni perlu ada tapi tak perlu top up terlalu kerap sangat lah. hahaha. Bagi aku lah kan. Aku topup hot ticket dan ia tahan 10 hari. Bagi aku ia jimat gila babeng,so aku masih tak over budget aku. Lagi satu, korang boleh buat group di facebook untuk mudah kan korang berhubung. Aku pasti yang hampir semua orang ada account Facebook masing-masing. Buat lah satu group rasmi, untuk kelas korang supaya korang mudah bertanya tentang assignment ke, apa-apa info lah. Nak ajak keluar makan pun boleh meh dekat situ. Tak payah bazir kredit hp tu.hahaha.
Bila duit dah dijimatkan sebijak yang boleh, duit tu boleh lah kita guna untuk print notes dan latihan-latihan untuk kita buat dan baca di rumah. Perancangan itu penting. Kita dapat jimat duit, kita dapat pula belajar dengan nota dan latihan yang lebih daripada apa yang diajar di sekolah. InsyaAllah dapat keputusan yang baik punya.hahaha. Aku pun sedang pratikkan semua ni dalam hidup aku di UTAR ni. So far, dah 5 minggu kat sini aku dah dapat kumpul hampir RM200. Ok lah kan... boleh guna bila ada kecemasan ke apa-apa ke kan? Tak payah nak minta duit kat mak ayah lagi. Cukup lah susah kan mereka semua. hahaha. Tengok wayang ke apa ke, time cuti lah buat. Balik rumah, dana PAMA kan ada. Guna lah dana itu. Bila berada jauh ni, jimat-jimat lah sikit.hahaha.okay...terima kasih. =)
P.S: Tunggu balik lah baru nak lepak Starbucks. Mocha!!! Raya nanti aku nak pekena Mocha Starbucks.hahaha
1 comment:
betul tu...masa2 belajar jimat paling penting.sambil jimat..patut nye kita cari side income.kalau pandai borak tak pun yakin kan org..suka bergerak secara group..boleh join MLM...modal rendah yang keperluan budak U..xsalah mencuba..sebab masa belajar dulu memang xde MLM yang sesuai..sekarang bersepah..pilih jer mana yg sesuai dengan kita...
Post a Comment