Yang melihat tidak tahu,
Bagaimana rasanya aku,
Menrindukan kamu, ya kamu,
Pencuri hati,
Ibarat pungguk melihat bulan,
Dan dalam kisah rindu ini,
Aku sang pungguk di sini,
Dan kamu Sang Bulan di langit sana,
Cantik.
Dan di minit-minit akhir ini,
Kamu masih lagi di sini,
Di minda, di hati,
Berlegar-legar dan menyanyi,
Lagu cinta, tentang cinta dan hati,
Aku ingin menyanyi bersama,
Jujur aku mahu,
Tapi, aku selesa mendengar dan memerhati,
Melihat kamu gembira menyanyi,
Cantik.
Dan ini cerita rindu aku,
Daripada seorang aku,
Kepada seorang kamu,
Yang aku yakin berkongsi rasa yang sama,
Rindu yang sama, sayang yang sama,
Kamu, buah hati.
No comments:
Post a Comment