Malam ini aku berbaring,
Tingkap aku buka, membiarkan angin menyelinap ke dalam bilik,
Sendiri, aku sendiri di sini,
Termenung.
Bulan, mari teman aku,
Bintang, mari dengar cerita aku,
Awan, mari dekat dengan aku,
Kalian tahu atau tidak,
Aku rindu kan dia disana?
Aku,
Tersenyum.
Imej itu hadir lagi,
Senyuman itu,
Mata itu,
Ah, aku rindu,
Tapi, tak mengapa, aku rindu kerana aku tahu aku sayang dia.
Sangat rindu.
Aku,
Tersenyum lagi.
Tuhan, aku rindu kan dia,
Boleh jikanya berikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada dia,
agar indah hidupnya, dan aku mampu melihat senyuman itu terukir terus.
Terima kasih, Tuhan.
No comments:
Post a Comment