12.06.2011

Usah Lepaskan

Aku ini bukan sempurna,
Sempurna bukan lah Ariff,
Ariff hanya bijaksana,
Dengan cara dia sendiri.

Tersentak, ketika membaca warkah itu diwaktu pagi,
Dia kelihatannya jujur sekali meluahkan segalanya,
Ah, di waktu pagi sudah di usik emosi aku,
Aku baca setiap baris ayat yang disusun olehnya.

Katanya jika dia jatuh, dia harap aku hulurkan tangan,
Tidak, aku tidak akan hulurkan tangan,
Aku akan pastikan dia tidak akan jatuh,
Tangannya akan sentiasa aku genggam erat.

Katanya jika dia tak nampak, dia harap aku mampu berikan cahaya,
Tidak, aku tidak akan berikan cahaya,
Aku tidak akan tinggalkan dia jauh dari aku,
Lalu dia akan sentiasa jelas melihat segala-galanya,
Dengan Izin-Nya, kami melihat bersama.

Aku akan biarkan dia sahaja dengar,
Suara sumbang aku menyanyi,
Sambil diringi bunyi gitar bertali longgar ini.

Aku akan benarkan dia sahaja dengar,
Suara getar-getar aku membaca puisi,
Dengan tubuh mengigil dan peluh membasahi wajah.

Aku akan cuba biar dia senyum,
Mungkin itu azam yang aku cipta secara tak sedar untuk tahun baru,
Dan, ya aku akan cuba penuhi azam itu.

Saya akan sentiasa berjalan dengan awak,
Dan jika tak mampu berjalan,
Saya akan duduk di tepi awak,
Yang pasti, saya dengan awak.


P.S: Biarlah aku nak tulis apa pun. Ini cara aku luah perasaan. Dia kata, dia faham cara aku. Terima kasih.

No comments: