Kalau sampai masanya
Tidak kedengaran suaranya
Tiada aku, tiada kau
Bagaimana waktu itu
Keadaannya?
Sepi luar dalamnya
Sendirian melihat dunia
Tak perlu suara sesiapa
Kerna tiada sesiapa mendengar
Bukan aku, bukan mereka
Tiada siapa
Biarkan peluru buta melayang
Menerajang tepat ke kulitku
Namun aku tetap akan begini
Berdiri tersenyum melihat pelangi
Izinkan aku hidup seribu tahun lagi
Agar dapat ku terus rasa begini
Kerana aku bahagia
Dalam dunia yang ku cipta sendiri
Yang cuma akan ada aku dan dia
Bercinta
No comments:
Post a Comment