Kalau kamu punya peluang
Untuk selami diri seorang "aku" ini
Mungkin kau akan jumpa dia
Dia yang bukan kau lihat di depan matamu
Bukan dia yang sentiasa senyum
Bukan dia yang sentiasa gembira
Bukan dia, dewa kegembiraan seperti yang digambarkan kamu
Bukan dia.
Selami sedalam yang kamu mampu
Nanti akan kau jumpa
Satu susuk duduk terperusuk di sudut hati
Memeluk sesuatu di sisinya
Itu 'cinta' yang dipeluknya
Tidak mahu dilepaskan
Dan cinta itu menjadikan dia gembira di luar, sedih di dalam
Yang rasa itu kekal disitu
Tak bisa dibuang
Jangan diusik aku yang itu
Biarkan aku kekal memeluk 'cinta' itu
Selamanya
Infiniti.

No comments:
Post a Comment