7.02.2012

Ilmu Untuk Aku dan Kamu.

Kadang-kadang aku dapat lihat imej aku berdiri di hadapan Petra, Jordan sambil memberi minum kepada unta yang aku tunggang sepanjang berada di sana. Bukannya tidak seronok untuk berada di Malaysia, tapi aku suka Petra. Cantik.

Mencari sesuatu yang hilang. Tapi, apa yang hilang masih menjadi persoalan kepada pencarian aku. Aku dahagakan ilmu. Aku tidak kisah apa ilmu yang bakal aku pelajari, yang aku tahu aku dahagakan ilmu. Ilmu itu sesuatu yang aku rasa perlu ada dalam diri setiap mereka yang masih bernafas. Tak kira lah ilmu apa pun. Bukan semua orang punya ilmu untuk melukis, mewarna atau mungkin menunggang unta dengan sempurna.

Mungkin suatu hari nanti, ilmu itu mampu membantu aku daripada terus tersekat dalam satu-satu masalah itu. Tinggalkan semua masalah yang menghalang aku untuk terus melangkah ke hadapan. Selangkah lagi. Selangkah lagi. Mungkin daripada langkah-langkah kecil ini, aku mampu berlari pula.

Namun, aku masih keliru dengan imej aku berdiri di hadapan Petra itu. Apa sebenarnya yang tersembunyi? Di mana harus aku mula untuk jadikan imej itu satu realiti? Aku masih mencari. Mungkin, itu yang aku cari. Cara untuk aku merealisasikan impian aku dan apa yang aku mahu. Keinginan Mutlak masih kekal mutlak. Jangan diusik keinginan aku itu. Dari yang pertama hingga yang ke enam, tidak pernah berubah walau sedikit pun isinya. Aku harap aku mampu penuhi semua keinginan ku itu.

p.s: kadang-kadang tu, tak salah untuk menimba ilmu walau pun kita tahu kita dah pakar dalam bidang tu.

No comments: