9.22.2012

Aku Mahu

Jika aku mampu
Untuk tidak membiarkan
Satu hati itu hancur
Dan jiwanya luluh
Maka tidak akan tersia
hidupku yang satu ini.

Tidak mahu aku melihat
Dia terus hilang
Di dalam dirinya
Dan aku di sini menghulurkan tangan
Kerana aku ingin kau merasa
Aku sentiasa ada bersama
Seperti udara
Cinta ini memberi nyawa kepada jiwa.

No comments: