10.05.2012

Kerana Aku Mahu Dia Tersenyum

Aksara ku jatuh berguguran
--berselerakan
Di halaman rumah mindaku
Yang penuh dengan hiasan
Bunga-bungaan berbagai jenis
Dan harumannya menyenangkan
Dan kerana aroma indahnya
Membuatkan aku sentiasa merasa
Tenang dan setia
Menanti kehadiran rasa itu
Agar dapat aku untaikan kata
Menjadi bacaan malammu.

No comments: