11.17.2012

Takdir

Mati itu adalah takdir,
Untuk kau, aku, dia, dan mereka,
Yang takut untuk berhadapan dengannya,
Tapi tak pernah sekali pun bersedia
Untuk direntap roh dalam badan,
Oleh dia yang diperintah.

Ada mereka yang tewas selepas berjuang
Dan keluarnya roh dari badan
Dengan perlahan-lahan
Akibat terkena peluru buta tak bermata

Semoga mati yang ditakdirkan
Dipermudahkan oleh-Nya
Dan semoga tiada lagi darah yang tumpah
Menitis jatuh di atas riba seorang ibu
Yang memangku mayat anaknya
Di tembak tepat di kepala.

No comments: