1.01.2013

Hey, 2013. Selamat datang.

2012 sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Serupa dan tiada bezanya bagi aku.

Mungkin ada sedikit berbeza. Aku belajar sesuatu yang aku rasa ingin berterima kasih kepada semua orang yang sentiasa berada dengan aku di saat aku berasa seperti berada jauh terduduk di dasar bumi tanpa ada tangan yang ingin menarik aku ke atas semula.

Aku harap untuk tahun 2013 ini, Tuhan akan mengarang rencana yang lebih indah untuk aku. Penuh dengan suka dan duka, tawa dan tangisan (aku harap ia balance dan tidak berat sebelah) dan juga pengalaman untuk aku mencuba benda-benda baru.

Semoga keluarga sentiasa menjadi sebuah keluarga yang aku bersyukur lahir di dalamnya dan rezeki yang murah untuk semua isinya. Bukan sahaja untuk tahun ini malah untuk tahun yang akan datang.

Dan ya, selamat tahun baru buat semua yang baca Monolog Dalaman dan semoga aku mampu buat kamu tersenyum dan menyentuh hati kamu dengan apa yang aku cuba kongsikan di dalam blog ini.

Nah... gula-gula. :)

1 comment:

khairulsyarafi said...

Selamat Tahun baru 2013
jgn lupa singgah kat blog saya poster 2013 saya :)
http://syarafikamaruzzaman.blogspot.com/2013/01/jangan-biarkan-jari-tengan-awak-berdiri.html