6.13.2011

Niskala


As-salam dan hello. Apa khabar semua? Harap baik-baik sahaja. Okay, seperti yang semua tahu, semalam Hazama jadi juara AF9. Yang terakhir. Tapi aku tak nak cerita pasal Hazama. Aku nak cerita pasal Azri dan single terbaru dia, Niskala. Aku suka lagu tu sebab mungkin lagu tu punya irama yang kena dengan jiwa aku dan lirik yang bagi aku cukup kuat untuk aku terus dengar hingga habis. So, aku amat tertarik dengan lagu ni.

So, Niskala. Korang tahu apa itu niskala? Apa maksudnya? Bagi aku niskala macam abstrak. Sesuatu yang tidak boleh dilihat atau dirasa dengan pancaindera kita sebagai manusia. Susah nak tafsirkan secara tepat, tapi bagi aku itu lah yang aku faham tentang apa itu niskala. Ia amat menarik sebab ia satu benda yang kita tidak dapat lihat atau rasa tapi kita tahu yang ia ada dan wujud sebenarnya. Contohnya, rasa rindu, rasa sayang. Mungkin mudah untuk mengaitkannya dengan perasaan.



Pernah korang rasa seperti ni... seperti tidak di hargai, atau tidak dihiraukan..? aku assume yang pasti ada yang pernah merasai perasaan ini. Apabila korang di lakukan sebegitu, sama lah seperti niskala. Mereka anggap yang korang ni tiada di depan mereka, seperti korang ni nothing. Well, aku pernah rasa benda tu. Dan, ya.. rasa nya amat sakit.. seperti tiada nilai. Tapi, tiada siapa tahu kan. Hanya kita je yang tahu. Rasa sakit yang tidak dapat dilihat, atau dirasa dengan pancaindera tapi sedihnya, kita sahaja yang dapat rasa. Tak seronok... =(



Cinta? Rindu? Perasaan yang indah bukan? Tapi jika kita sahaja yang rasa, ia jadi tidak seperti yang mereka semua katakan. Hahaha. Bagi aku, jejaka memang sukar meluahkan rasa cinta mereka...atau rasa rindu mereka pada pasangan mereka. Mungkin sebab ego jejaka yang aku akui memang setinggi gunung, namun ada masanya ia jadi serendah tanah. Rasa ini lah niskala bagi kami. Rasa sayang, cinta dan rindu itu memang ada namun, jika jejaka tak tunjukkan... fahamlah yang sebenarnya korang tak akan tahu macam mana sayang nya jejaka pada gadis. True story... 

Jadi, aku rasa apa yang mampu aku cakap... kesetiaan, rasa sayang, rasa rindu... semua ni adalah sesuatu yang abstrak...sesuatu yang niskala. Semuanya hanya dapat dirasa sendiri di dalam hati kita. Cari lah rasa itu agar kita tahu yang ia sebenarnya wujud disekeliling kita setiap hari. Kita hanya perlu cari dan hargai apa yang telah diberikan kepda kita. Terima kasih kepada yang membaca. Aku tinggalkan korang dengan single terbaru dari Azri, Niskala. Have a nice day! =)



Sesekali ku masih terasa
Bersemuka bayangannya
Perlukah diriku, perlukan dirimu
Walau cuma seketika
Kita pernah ditakdir bersama
Bagai tanpa penghujungnya
Apakah masih terasa
Saatku lukakan jiwa
[Korus]
Pedih yang melanda menikam di jiwa
Sehingga diriku tanpa hala tuju
Tersentap di dada, tiada terdaya
Jika diri ini, hanyalah niskala bagimu
Indah sekilas pandangan mata
Hanya dijadikan sisa
Apakah masih terasa
Saat ku lukakan jiwa
[Ulang korus]
Tak sanggup diriku,
Menahan sesalku
Hanya masih ada, ruang untuk bersatu
Lenyapkan bagi kegelapan
Andai semuanya, tersedar tuk selama-lamanya
[Ulang korus]
Oooo.. Bagimu


P.S: Maaf, tapi aku rasa lagu ni lagi menarik dari lagu sang juara. Pendapat masing-masing. =)

2 comments:

Artzlizan said...

lirik dia ok...tapi...macam ada yang kurang la..ntah...nak kata suara azri tak best..tak jugak...nak kata lagu tak best...tak jugak...ntah..

Ariff Masrom said...

kurang jiwa kot.masa live hari tu dia nyanyi kurang lah.tapi kalau dalam mv, memang best.sedap je.hahaha