11.10.2011

Hai Bulan Penuh

Hai bulan penuh,
mana awak pergi selama ini,
langsung tiada khabar berita,
janganlah tinggalkan saya seorang diri lagi,
dengan siapa lagi saya nak berborak di malam hari?

Hai bulan penuh,
awak jangan lah sembunyi balik awan hitam itu,
awak tidak mahu berborak dengan saya ke?
awan hitam itu,
sering cemburukan saya,
awak pun janganlah menangkan dia sahaja,
saya ada awak sahaja,
dengan siapa lagi saya nak kongsi rahsia saya?

Hai bulan penuh,
awak jangan pergi mana-mana lagi ya,
saya akan tunggu awak di sini,
di tingkap yang sama,
pada waktu yang kita sudah sama-sama tetapkan,
jangan pergi ya?
saya ada banyak perkara nak kongsi dengan awak,
kekal di sana untuk saya, boleh kan?
Terima kasih, bulan penuh.

No comments: