Pergi dibawa ombak laut,
Terbang ditiup bayu laut,
Kabur dari pandangan,
Terlepas dari pegangan,
Dan aku berharap kamu sempat membacanya,
Semua tulisan ku yang telah pergi,
Namun aku tetap terus menulis,
Untuk mereka tahu rasa yang aku rasa,
Dari aku untuk kamu,
Kerana kamu separuh daripada aku,
Biar dibawa ombak laut,
Walaupun diterbangkan bayu laut,
Dan terlepas dari pandangan mereka,
Aku tahu kamu sentiasa ada di hati ini,
Dan kamu juga harus tahu itu,
Tertulis di hati, nama kamu.
Kekal.
No comments:
Post a Comment