Katanya, perangai anak menunjukkan perangai ayahnya.
Segak berdiri di atas pentas,
memberi ucapan sempena perasmian,
berbaju batik segak menunjukkan beliau ahli politik yang dikenali.
Namun, aku rasa aku tidak lah sehebat beliau.
Katanya, anak lelaki sulung patut memikul tanggungjawab,
menjadi tulang belakang ayah setiap masa,
membantu apa yang perlu,
tanpa perlu si ayah bersuara.
Namun, aku tidak lah seperti itu.
Katanya, semasa kecil aku selalu di manja,
di jaga seperti menatang minyak yang penuh,
kemahuan aku dituruti nya,
walaupun perlu berpeluh dan berlari sini sana,
namun, aku tidak pernah lakukan itu untuk dia.
Ayah, andai dapat kau dengar aku berbicara,
aku tidak pandai luahkan rasa sayang ini,
aku anakmu yang kau sendiri kata bukan seperti adik dan kakak ku,
aku tahu,kau lebih mengerti bagaimana anak lelaki mu ini,
keras kepala dan suka menyendiri.
Tapi, aku kagum dengan kesabaran kau,
demi membesarkan anak mu ini, semua nya kau korbankan.
aku faham ayah, kini anak mu sudah bisa berfikir dengan baik,
baru kini aku faham, apa yang kau cuba ajarkan padaku.
Maaf, selama ini aku masih belum membanggakan kau,
bertukar gedung ilmu tidak terkira,
kau masih senyum, keluarkan dana,
namun, aku tahu semuanya kau simpan tidak mahu kongsi semua rasa.
Aku anakmu, kan ayah...
Dengar, aku bersuara,
Jika ada rezeki dan umur ku panjang,
tangan yang memberi ku makan, minum dan pakai itu,
akan aku genggam dan ku berikan segulung sijil,
tanda anak mu kini sudah mula menjadi manusia,
cuba menjadi seperti ayahnya,
Manusia berguna pada keluarga, agama, dan rakyatnya.
Itu janjiku ya ayah,
anak mu, Ariff membuat janji.
Selamat hari bapa,
aku tiada harta untuk dikongsi sekarang,
tapi aku ada tangan untuk doakan kesejahteraan mu di dunia dan akhirat.
Terima kasih, En, Dato', Tan sri, Tun, YM, YB, YAB, Md Masrom Bin Ismail.
Aku bangga nama aku berbin kan nama mu.
=)
No comments:
Post a Comment