6.23.2011

Peniru


>


As-salam dan hello.

Kita semua peniru. Anda setuju dengan statement ini?


Poser. Pernah dengar? Bagi aku poser ni something macam trying to be something yang bukan diri mereka sendiri. Poser itu bagus juga lah. Ia sebenarnya satu proses pembelajaran ilmu yang perlu kita lalui untuk jadi seorang yang lebih baik dari kita yang sebelumnya. Mungkin poser ini macam annoying dan macam poyo hingga terpacul lah ayat-ayat seperti, "apa poyo nya mamat ni.." , "ah, orang nak pakai tu, dia nak pakai tu..." dan banyak lagi.

Kita hidup ni kena sentiasa belajar. Terus belajar dan belajar, supaya kita dapat menjadi sesuatu yang baik. Seperti di sekolah, semasa darjah 1 kita belajar ABC. Kita datang ke sekolah,kosong. Tidak tahu apa-apa langsung. Kita belajar di sekolah, keluarkan effort untuk menyerap masuk semua ilmu. Effort kita ialah meniru apa yang cikgu ajar didepan. Tiru bagaimana dia menulis di depan, tiru bagaimana di menyebut di depan. Kita peniru.




Semakin kita membesar, pergaulan menjadi semakin bebas dan minda mula berkembang. Kita lihat banyak benda baru yang belum kita cuba. Merokok, hisap dadah, maki hamun, semua. Kita tidak tahu pada mula nya. Tapi, kita ini peniru. Kita meniru semua yang kita lihat di sekeliling kita dan kita cuba. Bodoh betul kita, meniru benda yang buruk itu. Tidak mahu guna otak dengan baik. Rugi betul kita. Tapi, kita masih gunakan otak itu untuk meniru. Kita peniru.

Kita tidak boleh lari daripada meniru apa di sekeliling kita. Ia adalah sesuatu yang semula jadi dan sukar kita nak tafsir. Bagi aku lah... Tapi, ia bukan satu alasan untuk kita meniru di dalam peperiksaan. Ia dilarang sama sekali untuk meniru atau membawa masuk nota kecil ke dewan peperiksaan walau pun ramai yang lakukannya. Gunakan kemahiran meniru kita untuk jadi lebih baik dan lebih berjaya daripada orang yang meniru dan menuju kejatuhan.



Jadi, disini penting nya teknik berfikir kita. Gunakan otak dengan baik, tidak, sehabis baik..agar keputusan itu satu keputusan yang baik dan tidak merugikan kita. Kuasa di tangan kita. Berbalik kepada poser tadi, ia satu proses peniruan yang mencuba untuk meniru sesuatu. Belajar sesuatu, namun jangan lah jadi poser selama-lamanya. Kena lah juga wujudkan perubahan dalam diri kita ini.  Aku juga pernah jadi poser. Aku peniru, kita peniru. Peniru profesional.

No comments: