12.03.2011

Di Sudut Tersembunyi Hati

Matahari pagi terbit dengan gembira,
Menyampaikan ucapan selamat pagi pada aku,
Sambut aku dengan gembira, dan aku tersenyum lagi,
Senyuman yang berpunca daripada rasa dalam hati,
Rasa yang sebelum ini tersembunyi di suatu sudut,
Jauh di dalam hati yang dalam nya tidak ternampak,
Dan bila rasa itu meresap jauh ke seluruh tubuh,
Senyuman ini akan terbit seperti mana matahari pagi itu,
Dan aku mahu rasa ini terus ada,
Selalu dengan aku ya, wahai cinta?

No comments: