Fuh! Fuh!
Lama aku tunggu, Lama aku menanti,
Sampai ke petang aku disini,
Sekian lama yang dinanti pun tiba,
Ah, aku gembira petang ini,
Dapat juga aku melihat permandangan kegemaran aku,
Ya, matahari terbenam nun jauh disana,
Tapi, aku ini matanya silau,
Sakit mata ini melihat matahari itu meninggalkan langit,
Tapi, aku suka rasa sakit itu,
Kepuasan bagi aku, bagi aku sakit itu manis bagi aku.
Seperti itu juga rasa sayang aku pada dia,
Dia jauh nun di sana, jauh dari aku,
Rasa rindu aku pada dia itu,
Merindui seseorang yang kita sayang,
Aku suka rasa rindu itu,
Kerana aku tahu satu perkara,
Bila aku rindu dia, aku akan ingat dia,
Aku tahu dia ada untuk aku,
Selalu dengan aku.
Tuhan, jangan kau buang rasa rindu ini,
Biarkan ia kekal di dalam hati ini,
Agar dapat aku rasa kasih sayang dia,
cinta dia, rindu dia pada aku,
Kerana aku sayang dia. Sangat sayang.
No comments:
Post a Comment