Malam ini aku inginkan sesuatu
Aku mahu duduk bersama bulan
Aku mahu menyisir rambutnya
Mengenakan pemerah pipi padanya
Menyarungkan busana indah untuknya
Memakaikan kasut kaca berkilat dikakinya
Menyapu gincu merah di bibir mungilnya
Supaya dia gembira
Dan terusan terang bersama aku disisinya
Namun
Bulan berbisik lembut ke telingaku
Aku mendengar dengan setia
Dapat ku rasa keikhlasan dalam bisikannya
"Maaf sayang. Pungguk hanya mampu rindukan bulan, tapi tidak bersama bulan."

No comments:
Post a Comment