9.17.2012

Kerana Tuhan Itu Pendengar Yang Paling Setia

Dia tidak pernah terlepas pandang
Hari ini Dia masih setia
Mendengar luahan hati seorang lelaki
Walau dalam tutur katanya
Disulami dengan carutan menyiat hati
Dia tetap mendengar dengan serius
--- Paling setia

Permintaan si lelaki tidak diberitahu
Diterima atau ditolak untuk dicuba sekali lagi
Tapi Dia hanya senyum melihat lelaki
Kerana si lelaki masih ingat
Mahu mencari Dia untuk berbicara
Walau disulami dengan carutan
--- "Kenapa celaka sangat hidup aku?"

Dan yang penting,
-- Dia tidak pernah sibuk untuk mendengar luahan si lelaki. Paling setia.

No comments: