Pagi ini sunyi
Kamar tempat aku beradu
Dipenuhi alunan muzik sakit
Sakit disiat tajamnya sunyi
Gesekan biola yang gemersik
Seakan-akan merintih sakit
Petikan gitar yang perlahan
Seakan-akan sedu sedan yang tiada habis
Aku tak mahu keluar
Bukan sekarang.
Oh, aku sendirian di dalam kamar
Berlari-lari di dalam minda sendiri
Ruang yang masanya infiniti
No comments:
Post a Comment