Hey hati
hati-hati memilih kekasih
Hati-hati ketika jatuh hati
Kerana soalnya hati
Bukannya satu perkara kecil
Ianya seperti satu perjudian
Yang bahagia dan derita
Jadi cagaran
Dan kadang kala itu
Cinta selalu mengubah manusia
Menjadi seseorang yang tamak dan degil
Yang terus perjudikan hatinya
Walau pun sudah jumpa derita
Sudah rasa bahagia
Dia mahu bahagia yang lebih banyak
Dan tidak pernah serik dengan derita
Dan hal ini memang ada benarnya
Soalnya hati yang tidak benar itu
akan membuat kita juga akan rungsing
Bagaimana caranya untuk
Terus rasa bahagia
Elakkan rasa derita
Mungkin manusia boleh belajar
Bersyukur dengan rasa cinta
Yang diberi-Nya
No comments:
Post a Comment