5.20.2011

Future Ariff's Wife.

Mungkin terlalu awal buat aku yang masih berusia 20 tahun dan masih menuntut ilmu berbicara tentang perkahwinan. Tetapi aku juga punya hak dan perlu menitik berat kan tentang pasangan hidup aku. Aku perlukan seorang wanita yang sanggup bersabar dengan aku dan jadi pedamping aku sentiasa.

Aku mencari beberapa sifat yang aku rasa kena dengan citarasa aku dan sesuai dengan aku.Namun aku kena terima juga apa jodohku nanti. Baiklah. Aku ada senarai sifat-sifat yang dicari.hahaha.Yang pertama, baik dari segi agamanya. Ayah juga pernah berpesan, yang penting agamanya.Kuat pegangannya. Kuat imannya, baru boleh bersama dunia akhirat.

Kemudian, biar lah dia seorang yang berilmu. Tidak kira lah takat mana, namun yang penting cukup ilmu didada. Baru mudah dia mendidik anak-anak aku nanti bersama aku. Dan paling aku suka bila isteri menegur kekurangan suaminya. So, dear future wife, jangan takut tegur abang ya... *eceh-eceh....abang tau...*

Banyak lagi list tapi semua tu tak de lah berapa penting sangat nak dibandingkan dengan dua perkara di atas tu.Itu lah yang ayah selalu pesan pada aku.Jadi, ayah... doa-doa kan menantu ayah nanti ada ciri-ciri dia atas ni ya. Ariff selalu doa beri petunjuk. Harap-harap ketemu yang sebegitu rupa. Aku percaya dengan pepatah, "lelaki baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik."

Aku ini tidak lah baik mana, tapi aku sentiasa mencuba untuk jadi yang lebih baik dari masa ke semasa. Dengan peringkat pemikiran aku yang aku rasa semakin matang ini, aku rasa aku sudah banyak berubah dalam masa 2 3 tahun ini.Terima kasih ayah dan bonda yang sentiasa membimbing ariff tanpa jemu. Ariff akan pasti kan bonda dan ayah sentiasa bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah. =)

2 comments:

Anonymous said...

teman sy 18 tahun seorang lelaki telah dirisik oleh jiran depn rumah nya yg seorang bkal doktor :)

Ariff Masrom said...

Wah...dipinang seorang perempuan? seperti zaman dulu2.Doa yang terbaik untuk dia. =)