6.20.2011

Memilih atau dipilih?


As-salam dan hello. Apa khabar semua? Yang sihat bagus, yang kurang sihat tu apa kata ambil ubat dan makan supaya boleh jadi sihat.hahaha. Okay, kini aku rasa semuanya semakin baik. Hari demi hari, aku semakin kenal dunia. Jumpa ramai orang, berkenalan dan hidup dengan gembira. Aku rasa aku bukan Ariff yang dulu lagi sebab ayah dah ajar aku banyak perkara semasa aku tersekat di rumah selama 2 bulan. Okay, back to the topic... Jom.


Dipilih atau memilih? Mana yang lebih bagus? Aku bukan lah pemikir yang kritikal tapi aku rasa ia sesuatu yang harus kita tahu. Apa kah kita ini suka memilih atau dipilih? Aku masih tercari-cari jawapan bagi persoalan yang aku sendiri kemuka kan.hahaha. Bagi aku, dipilih adalah yang sesuai dengan pendirian aku.hahaha. Seperti kata Dato' Md Masrom, memilih ada risiko yang kita sendiri tidak tahu sebanyak mana risiko yang akan kita tempuhi, tapi yang pasti risiko itu ada. Itu kita tidak boleh elak. hahaha.





Mengapa aku kata dipilih, sebab nya sangat mudah. Ia nya semua bermula dari saat kita dilahirkan. Macam mana kita ingat bahaskan, jawapan nya tetap sama. Allah telah memilih kita untuk menjadi salah seorang Khalifah di muka bumi ini. Namun, kita tersalah dengan membuat pilihan untuk memilih bagaimana gaya hidup kita, cara kita bergaul dan apa yang kita ingin lakukan. Ayah berkata, dipilih itu amat bagus kerana kita dipilih kerana orang yang memilih kita itu yakin pada kita dan tahu tentang kita. Sekurang-kurang nya, kita tidak berhadapan dengan risiko seperti orang yang memilih.


Cinta. Sering kali kita dengar perpisahan berlaku sana sini, pergaduhan sana sini. Hingga ada yang mengambil jalan keluar kerana tidak mahu tersekat didalam konflik itu. hahaha. Bagi aku, cinta itu tidak perlu dicari. Kata ayah lagi, Allah sudah tetap kan jalan cerita untuk kita secantik yang boleh. Dengan skrip yang bagus, plot yang menarik, tiada sebab untuk kita mencari-cari. Mungkin kerana itu aku masih single.hahaha. Namun, bukti di depan mata. Ayah dan mama berkenalan selama 4 bulan dan terus berkahwin. Syukur, 25 tahun sudah. Boleh dapat jubli perak dah.hahaha.




Aku pernah lakukan kesilapan dahulu. Aku main-main semasa belajar. Akibatnya, aku terpaksa berpindah-pindah kerana tidak boleh sambung pelajaran. Kali pertama mungkin kesalahan aku, tapi bila masuk 3 kali itu ada lah pilihan aku untuk terus melakukan kesalahan. Lalu, kini aku biarkan apa yang akan berlaku pada aku untuk terus berlaku. Aku redha dan aku biarkan ayah dan mama yang memilih untuk aku. Kini aku rasa apabila kita dipilih, kita akan rasa lebih selesa dan tidak tertekan. hahaha. Aku suka dengan kehidupan aku sekarang. Semua kesalahan lalu, masalah yang pernah aku alami, semua aku lupakan dan padam kan dari minda aku. Tapi, kesan nya pasti akan ada, kan? Jadi aku buka buku baru. Aku gembira sekarang. Jadi, korang rasa korang memilih untuk baca post ini atau dipilih oleh untuk membaca post ini? Anda tentukan... As-salam. =)



No comments: