6.21.2011

Kamu tahu?



As-salam dan hello, semua.

Sosiologi. Subjek yang buat aku berfikir setiap kali aku duduk di atas kerusi di dalam bilik kuliah. Berfikir secara kritikal, berfikir secara matang, aku cuba memahami apa sebenarnya yang aku boleh dapat dari subjek ini. Aku rasa aku kini faham lah tentang dunia sedikit demi sedikit. Aku berubah dari kosong kepada sesuatu yang lebih baik.

Aku terfikir, apa yang aku nak dalam hidup ini? apa yang aku cari, apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup ini? Bagi aku, aku perlu tahu semua itu untuk terus hidup. Pernah korang terfikir tentang itu? Aku dahulu seorang manusia yang pemalu. Pasif. Aku rasa sangat rendah diri dan biarkan semua persoalan yang ada dalam kepala aku ini, tertanam di situ tanpa aku luahkan semua. Teruk betul masa tu. Aku tak tahu apa. Semua persoalan aku tidak terjawab, suara aku tidak keluar untuk cari jawapan itu.

Semakin lama, aku semakin bergaul dengan ramai orang. Berjenis orang aku jumpa dan bergaul. Aku cuba melatih diri, bergaul dan bersosial dengan mereka. Aku tak nak lagi jadi pasif dan duduk bawah cawan kaca. Aku nampak semua perubahan berlaku depan mata aku, tapi satu benda aku tak tahu. Bila aku bergaul, aku sedang melalui satu proses mengenal dunia, sosial, ekonomi, politik..semua aku belajar. Pasif? Aku buang itu. Aku ubah karakter aku untuk jadi lebih menyerlah dan mudah bergaul.

Lama-lama, kita akan mula mengenal dunia ni. Aku rasa aku tahu apa aku nak sekarang. Aku bukan lah bersifat membangkang kerajaan atau pun menyokong kerajaan, tapi aku mahu satu perkara sahaja. Aku mahukan sesuatu yang baru. Aku tertanya, sampai bila kita nak hidup macam ni...? Kini anak muda sudah pandai bersuara, jujur dan lantang menyuarakan apa yang mereka mahu. Kuasa anak muda sangat kuat kalau mereka bersatu. Bagi aku, hidup ini bukan apa yang orang nak, bukan ibu bapa nak apa, kerajaan nak apa.... itu semua tidak penting. Yang penting ialah apa yang kau nak. Apa yang kau nak buat dalam hidup. Itu yang penting. Ingat.

No comments: