11.21.2011

Diam

Dinding,
Tempat kegemaran aku bersandar bila berfikir,
Fikiran aku terbang melayang lagi,
Kali ini, teringat kali pertama berjumpa dengan dia,
Ah, lidah seperti di ikat, simpul mati,
Untuk ucap selamat pagi sahaja cukup sukar untuk aku,
Tapi, aku harap dia faham lah lirikan mata aku itu,
Itu sahaja yang mampu aku lakukan waktu itu.

Diam,
Mata aku hanya melihat mata dia,
Tanpa dia sedar, mata nya menjadi titik tengah pandangan aku,
Sesekali dia melihat aku, sepantas kilat pandangan tadi aku larikan,
Sesekali aku bersuara juga, Ah, malunya aku ketika itu,
Kata-kata tak pernah cukup untuk aku tunjukkan perasaan,
Aku bukan lah jenis yang petah berbicara soal hati,
Dan aku percaya dia faham tentang itu,
Dan jangan risau, walaupun kata sayang tidak diluahkan dengan kata-kata,
Rasa itu tetap ada dan aku akan pastikan kau rasakan sayang aku ini.

No comments: