9.17.2012

Memetik Bintang

Dan aku datang semalam
ke rumah mu
Aku memanggil namamu berulang kali
Tapi ibu mu yang hadir di muka pintu
Katanya kamu tiada di rumah
Keluar mencari bintang
Aku tidak pasti
Apa memang kamu tiada di rumah
Atau itu alasan kerana memarahi aku
Kerana tidak memberi bintang seperti yang aku janjikan
Padahal aku datang malam itu
Bersama bintang di dalam genggamanku
Untuk melihat kamu tersenyum lagi malam itu.

No comments: