Tiada yang lebih indah selain menatap mata bulat milik kamu itu. Mata yang tenang. Seakan-akan bercahaya dan menjadi persona milik kamu yang aku rasa mampu menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Anak mata hitam yang berkilat dan setiap kali aku melihat kamu, tepat ke mata mu, anak mata mu kelihatan tersenyum dan ia membuatkan aku tersenyum sendirian apabila menatap anak mata mu itu. Tenang dan bahagia.
Dan aku berfikir sejenak, ada kah kerana mata itu yang membuatkan aku jatuh cinta kepadanya. Apa kah cinta itu sendiri sebenarnya? Definisinya apa? Adakah dengan aku tenang melihat matanya dan aku mahu terus menatap matanya lagi dan lagi, itu di panggil cinta? Ya, bagi aku cinta itu sangat sukar digambarkan. Namun, bagi mereka yang sedang bercinta, mereka tahu lah yang mereka sedang di lamun cinta. Dan, cinta itu tidak bersyarat. Jika ia bersyarat, itu bukan cinta tetapi sekadar menyukai. Sebagai contoh, si lelaki menyintai si perempuan kerana suaranya yang lunak. Adakah apabila si perempuan itu bisu, si lelaki masih menyintai perempuan itu?
Dan aku tidak menyintai dia kerana anak matanya yang sentiasa tersenyum bahagia itu. Aku tiada alasan yang tepat mengapa aku mencintai dia. Yang aku tahu, cinta itu ada dan sayang aku milik dia. Buat masa ini, aku simpan dahulu semua ini bersama aku. Aku tunggu masa yang sesuai dan selepas itu, ini semua milik dia ; mutlak.
Oleh kerana itu kali pertama kita bertemu, aku akan terus ingat momen indah itu. Dan anak matamu yang tersenyum kepada aku yang disertakan dengan senyuman manis milikmu itu kepada aku apabila mata kita bertemu, aku tidak mampu menahan senyuman yang terbit di wajah ku. Dan jika kita bertemu lagi selepas ini, aku harap itu bukan kali terakhir kerana aku mahu lihat anak mata tenang itu lagi.

No comments:
Post a Comment