Seperti biasa, malam ini duduk di dalam bilik. Tukar yang biasa, hari ini aku belanja tekak aku dengan secangkir teh strawberry. Aroma harum strawberry memenuhi ruang dalam bilik aku. Aku biarkan suara Chris Martin menyanyikan lagu kegemaran aku, The Scientist. Perlahan rentak melodinya. Tidak terlalu rancak. Tenang.
Aku memikirkan tentang seseorang. Tenang siapa yang aku sendiri tidak tahu siapa. Adakah ini rindu atau teringat. Jika rindu, ternyata rasa rindu itu menyiksakan. Dan jika ini teringat, rela aku jadi pelupa dari terus menanggung seksa yang tidak aku tahu apa puncanya. Ini perasaan apa? Aku sendiri tidak tahu.
Ya, aku menuliskan tentang ini hanya untuk berkongsi dengan kamu yang ternyata masih sudi membaca, memahami, berkongsi dan juga peduli tentang apa yang aku rasa. Mungkin juga, sekurang-kurangnya kamu cuba walau pada akhirnya kamu putus asa dan pergi meninggalkan aku. Teh yang aku minum rasa sedikit kelat. Kelatnya seperti rasa saat kamu tiada lagi untuk membaca apa yang aku mahu tulis.
Sebentar lagi gerimis akan keluar dari kelopak mata. Tinggal memeluk. Memeluk sesiapa sahaja, kencang-kencang. Aku sedang membayangkan suatu saat nanti ciuman yang aku simpan dan jaga untuk seseorang yang sudi berkongsinya dengan aku, akan habis. Kamu. Kamu tidak lagi menginginkannya. Kamu tidak lagi merindukannya.
Lalu dari sesuatu yang saya tulis ini saya inginkan setiap orang yang membaca tulisan ini untuk menemukan mimpinya. Atau mungkin cuba untuk bermimpi. Percaya pada mimpinya. Dan mulai membangun mimpinya dengan setia. Kongsikan apa yang kamu impikan dan terus jadikan mimpi kamu itu satu realiti yang akan buat kamu rasa gembira.
Haha. Seperti seorang yang hebat aku ini. Kononnya tulisan yang penuh kualiti. Tapi, ini yang ada di hati saya. Tidak mahu jadi seorang yang kedekut, aku kongsikan apa yang aku mimpikan.Untuk kamu yang masih sudi membaca, selamat bermimpi sebanyak mungkin. Dan jangan lupa bangun untuk mengerjakannya. Aku juga akan terus mengerjakan impian aku, untuk terus buat kamu tersenyum, sayangku.
4 comments:
hebat jugak tulisan engko ni lipas
strawberry tea. hmm
kenapa samakan aku dengan Lipas? Tukar lah. Rama-rama ke, lebah ke, kijang ke. Ada ke lipas. hek eleh sangat.
Strawberry tea sedap. Baru beli dari Cameron. haha.
Post a Comment