11.17.2010

Warkah



Bau - Warkah (OST Sindarela)

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada


Setelah berkurun aku lupa
kau hadir dan muncul semula
buat aku tertanya-tanya
apa makna ini semua

Apa kau masih ingat padaku
kerna aku cuba melupakan dirimu
kau ibarat duri dalam tubuhku
setiap kali ku lihat wajah itu

Aku sudah puas menunggumu
menanti tanpa sebab yang pasti
duduk kaku seperti batu
mememdam perasaan yang kian mati

Kenapa ini berlaku kepada ku
kenapa sukar melupakanmu
berikan aku jawapan walau satu
sampai bila ada cinta yang pelik ini padamu

Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Cukuplah untuk kau tahu,gadis
Kau pernah berikan aku kebahagiaan dan kini kau tinggalkan aku
dengan satu kenangan yang indah.

1 comment:

AnisZahra said...

Lagu ni kacak habis !