11.04.2011

Aku

Sejak dari lahir, aku kurang bersuara. Ini benar. Kata ayah, disaat mata kecil ini mula melihat dunia yang misteri ini, aku hanya terkebil-kebil melihat ayah. Ayah terus tersenyum dan terus bercerita.

Sejak itu, aku membesar hanya ada aku, aku dan aku. Aku suka berfikir. Bila aku berfikir, aku akan duduk diam dan tak kisah lah siapa didepan aku, aku akan diam dan terus berfikir. Impaknya, garisan samar-samar di dahi ini.

Aku berfikir, hingga kan perkara yang mudah dan ringkas, aku akan cuba jadikannya susah hanya untuk biar otak aku berjalan dan berfikir. Kata ayah, orang yang banyak bersuara lebih daripada berfikir itu tidak bagus.

Lalu aku rasa aku akan kurang bercakap, dan lebihkan menulis. Menulis apa yang aku rasa, apa yang aku fikir, apa yang aku mahu, mungkin dengan cara ini aku rasa lebih selesa. Aku bukan pandai berucap seperti mereka. Jadi, jangan harapkan aku pandai berucap di depan.

Tapi, kadang-kadang aku bersuara juga. Hanya bila kau istimewa pada aku, dan aku anggap kau keutamaan pada aku, lalu aku tunjukkan kelemahan aku berbicara pada kau. Aku harap kau faham jika aku gagap di depan kau.

No comments: