Tiada bungkusan coklat serta reben
Tiada juga bunga terselit kad ucapan
Hanya ada aku untuk memelukmu
Dan bibir yang membisikkan kata cinta dari hati
Cinta kita tidak perlu bulan Februari
Untuk diraikan bersama-sama
Cinta kita diraikan setiap hari
Bermula saat ucapan "Selamat pagi, sayang" aku layangkan untuk kamu
Hingga ucapan "Selamat malam, sayang" dilayangkan oleh kamu untuk aku
Dan kita terus bercinta keesokkan harinya
Maka peluklah aku malam ini
Kerana aku tidak sanggup menunggu esok
Untuk kembali bersama meraikan cinta
Dengan mu, gadis.
No comments:
Post a Comment