6.23.2011

Memaafkan


As-salam dan Hello.


Memaafkan bukan sesuatu yang mudah. Anda setuju dengan statement ini?





Maaf. Mudah diucapkan, semudah itu. Tiada beza seperti mengeluarkan suara kecil dari kotak suara. Maaf itu mudah diucapkan, tapi yang sukar dilakukan adalah untuk tidak mengulangi kesalahan atau kesilapan itu lagi dan lagi. Bukan semua orang mampu berbuat demikian. Selama aku hidup, aku cuba untuk meminta maaf atas semua kesilapan aku dan mencuba untuk tidak sekali-kali mengulangi kesilapan itu lagi. Aku tak nak hati orang yang aku sayangi terluka lagi sebab kecuaian aku mengawal emosi dan tingkah laku aku.
Aku buat satu andaian, secara generalnya gadis akan mengatakan yang memang susah untuk jumpa lelaki yang jujur. Ya, jujur. Bagi aku, kejujuran itu satu sifat yang memang susah kita nak jumpa dalam diri setiap manusia. Bukan semua mampu berlaku jujur, pada diri sendiri pun tidak pasti apa tah lagi pada orang lain. Jika semua orang ada sifat jujur dalam diri mereka, pasti kurang, tidak.. pasti tiada masalah rasuah kedengaran di dalam dunia ni. Punca, tiada sifat jujur. Maaf sahaja yang di ucap dari bibir.




Ah, plastik semuanya. Sampah paling banyak dalam dunia, plastik. Termasuk manusia yang berperangai seperti plastik. Tiada beza. Semua palsu. Maaf, maaf, maaf... apa guna ucap perkataan itu jika mulut saja berkata-kata, tapi hati tidak menghantar kan imej kepada otak yang apabila maaf diucapkan, kesilapan itu tidak akan di ulang lagi. Plastik sungguh. Tidak perlu wajah cantik, kacak, itu semua di depan cermin. Di depan mata manusia, makhluk bernyawa dan punya perasaan ini, kau buruk, seburuk-buruknya dek perangai kau yang fasih mengucapkan maaf tapi tidak pernah terlintas untuk mencuba untuk menjadi lebih baik dari apa yang kau jadi sebelum ini. Masih banyak plastik di muka dunia ini. Hahaha. Aku hidup di kalangan plastik bernyawa sebenarnya.




Tapi manusia memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan, sebab manusia bukan sempurna. Jadi, kita juga harus belajar memaafkan walaupun sukar untuk kita memaafkan semua kesilapan orang pada kita. Seperti aku, aku juga sering melakukan kesilapan, dan aku belajar dari kesilapan itu dan elakkan diri daripada melakukan kesilapan itu lagi dan lagi. Aku juga bukan sempurna, tapi aku cuba untuk jadi sempurna. yang aku boleh. Jadi, disini aku ingin meminta maaf jika aku pernah sakit kan hati sesiapa dan aku cuba untuk tidak mengulangi nya lagi. Terutama buat ayah, mama, opah, kakak, dan adik. Aku minta maaf. 

2 comments:

Elaa said...

first komen! hahaha, tapi apa komen kau pasal belajar untuk memaafkan diri sendiri dahulu sebelum belajar untuk memaafkan orang lain?

Ariff Masrom said...

maafkan diri sendiri itu penting. tapi, kita selalu hilang dalam diri kita sendiri. Aku pun masih sesat dalam nak cari apa sebenarnya ada dalam aku ni.hahaha. Jadi, aku rasa bila kita boleh maafkan diri sendiri, kita boleh cuba belajar maafkan orang lain.